Gerhana

1. Tonton video.

2. Baca dan fahamkan nota
(A) Gerhana Bulan
  1. Gerhana ialah suatu fenomena apabila Bulan atau Matahari tidak kelihatan.
  2. Gerhana Bulan berlaku apabila Bumi berada di antara Matahari dan Bulan pada satu garis lurus.
  3. Gerhana Bulan berlaku pada waktu malam apabila Bulan berada pada fasa bulan purnama.
  4. Bumi menghalang cahaya Matahari daripada sampai ke Bulan. Jadi Bulan ditutupi oleh bayang-bayang Bumi.
  5. Apabila Bulan memasuki kawasan bayang-bayang Bumi yang lebih cerah (penumbra), Gerhana Bulan separa berlaku.
  6. Apabila Bulan memasuki kawasan bayang-bayang Bumi yang lebih gelap (umbra), Gerhana Bulan penuh berlaku.
 
(B) Gerhana Matahari

  1. Gerhana Matahari berlaku apabila Bulan berada di antara Matahari dan Bumi pada satu garis lurus.
  2. Bulan menghalang cahaya matahari daripada sampai ke Bumi. Jadi Bumi ditutupi oleh bayang-bayang Bulan.
  3. Gerhana Matahari berlaku pada waktu siang apabila Bulan berada dalam fasa anak bulan.
  4. Hanya kawasan yang dilindungi bayang-bayang gelap Bulan akan mengalami gerhana Matahari penuh.
  5. Semasa gerhana Matahari Penuh, keadaan akan menjadi gelap seperti waktu malam. Matahari kelihatan seperti cakera hitam yang dikelilingi gegelang cerah yang dipanggil korona.
  6. Kawasan yang dilindungi bayang-bayang Bulan yang lebih cerah akan mengalami gerhana Matahari Separa.

3.  ​Sila klik pautan ini: https://forms.gle/vDk19zitsEhT31SF7  
Sijil penyertaan akan diberikan kepada murid yang berjaya menjawab betul 70% markah dan ke atas. 
4. Isikan borang maklum balas di bawah. 


No comments:

Post a Comment

Tahun Baru

 Selamat tahun baru 2021 buat semua.